Monday 25 January 2010

Maratib amal dan...


Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai maratib (ketertiban) amal, dan mungkin juga ada yang tidak pernah lansung mendengar mengenainya. Semoga yang tidak pernah mendengar, ini disebabkan oleh anda belum berpeluang mendengar, dan bukanlah kerana sindrom ''aku tidak pedulisme''

1. Individu Islam
2. Keluarga Islam
3. Masyarakat Islam
4. Kerajaan Islam
5. Negara Islam
6. Khilafah Islam
7. Kuasa dunia

Turutan maratib amal memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal. Sebelum itu, mari kita dengar sebuah kisah...

Ada orang....

Dia selalu membaca kisah-kisah pergolakan di seluruh dunia. Penindasan yang berlaku di Palestin dan selatan Thailand, begitu juga kekejaman di beberapa wilayah di China, dan peperangan yang berlaku di Darfur, Bosnia dan Ambon. Ini belum dicampurkan lagi dengan malapetaka yang melanda seperti ''the great Tsunami wave'' yang berlaku di Acheh dan gempa yang mengorbankan begitu banyak sekali nyawa di serata dunia.

Terlalu banyak pembacaan dan mengambil tahu hal ehwal serata dunia menyebabkan individu ini merasa tertekan dan marah kepada diri sendiri, lantaran kelemahan dan ketidak mampuan diri untuk membantu semua situasi yang disebutkan di atas.



Isu Kalimah Allah
Di kala isu pengunaan nama Allah sedang hebat diperbincangkan di tanah air pada saat penulisan ini dikarang, mari kita melihat beberapa perspektif positif yang menarik untuk direnungkan:

Yang menganjak paradigma

1. Ada persatuan pelajar di dalam dan luar negara yang amat sukar untuk menganjurkan program yang bercorak keagamaan dan yang ada 'Allah' disebut di dalamnya, dengan alasan, kita kena berlaku adil. Namun isu ini telah membawa paradigma baru. Siapa kata program yang ada 'Allah' disebut di dalamnya hanya untuk Muslim?

2. Lawatan tokoh agama seperti Tuan Guru Nik Aziz ke gereja dan bertemu serta memberikan sumbangan kepada paderi katholik mungkin telah menyebabkan golongan-golongan tertentu terlompat daripada kerusi mereka. ''Aik, sheikh berserban pun datang melawat gereja?'' Bukan salah mereka, maafkan mereka kerana mungkin mereka kurang mengerti kerana suasana sebegitu yang wujud dalam masyarakat kita di Malaysia. Rupanya Islam sangat rapat dengan geng Kristian.


Maka apabila berlaku perkara-perkara seperti ini maka timbul pelbagai isu yang menggugat kemurnian agama islam itu sendiri.Mengenai pembakaran gereja-gereja yg dilakukan oleh individu yg tidak bertanggungjawab.Bukannya niat saya itu menyebelahi mana-mana pihak tetapi adkah tindakan ini wajar dilakukan?Bagi para professional dan barisan pelajar yang bakal menjadi tenaga professional yang sewajarnya lebih matang dalam mengawal emosi, dan perlu menggunakan peluang ini untuk menerangkan kepada masyarakat yang terkadang-kadang gagal mengawal emosi. ''Banyakkan menerang, bukan menyerang', kata Tuan Guru Hadi Awang.

Sebelum ini pernah juga timbul isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W yg dilukis oleh seorang pelukis dr Denmark..erm..khbarnya da meninggal akibat di panah petir.Err..mksud saya apabila timbul ini maka pelbagai pihak mula menunjukkan respon yg hebat sebagai menunujukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut.Bagus tu memang bagus tetapi sejauh mana kita mengenali Rasulallah S.A.W itu sendiri?. Maafkan saya tetapi perkara ini memang berlaku depan mata.Sesetengah org marah padahal diri sendiri tidak mengenal Rasulallah S.A.W apatah lagi nk mengikut sunnah baginda.Apabila ditanya 'kenal x siapa nabi muhammad?'..'kenal sket2 jer'..heh..kenal sket2?..orang kafir mengenal Rasulallah S.A.W dr hujung rambut sampai ke hujung kaki..

MAKA ORG2 SEPERTI INI SEPATUTNYA BERASA MALU BUKANNYA MENGAMBIL TINDAKAN YG TIDAK BERASAS YG TENTUNYA MENJATUHKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI

Jangan kaku
Jangan pula kita mengatakan ''aku belum mampu'' . Analoginya, kita mesti basuh tangan sebelum makan, namun jangan pula kita basuh tangan sahaja dan tak makan-makan. Daripada sudut lain, boleh sahaja kita makan tanpa basuh tangan, namun itu tidak hygienik dan lama-kelamaan akan membawa kemudaratan. Justeru, hendaklah kita sedar proses basuh tangan dan kemudian makan adalah satu proses berterusan yang tak ada penghujungnya. Mari kita belajar daripada Nabi Allah Ibrahim a.s. yang 'mencari' tuhannya, dan kemudian terjun bertemu dengan masyarakatnya walaupun 'gagal' menyakinkan ayahnya sendiri untuk kembali kepada ajaran Islam.

Jangan jadi semut
Akhir kata, janganlah kita sebagai ummat Islam menjadi laksana kumpulan semut di sebuah busut. Apabila dilontarkan sesuatu yang menimpa, semuanya lari bertempiaran dan berlanggaran sesama sendiri dan hilang arah tuju. Apabila ummat Islam dilontarkan sesuatu isu, semuanya gelabah dan hilang daya rasional. Mari kita mainkan peranan yang ada di dalam diri masing-masing demi kesejahteraan seluruh dunia.


KERANA SESUNGGUHNYA DAKWAH ITU BUKANNYA KERANA TUGAS TETAPI KERANA TANGGUNGJAWAB!!

..'DI MANA BUMI DIPIJAK , DI SITU ISLAM DIJUNJUNG'!

0 comments: