Monday 25 January 2010

Perjuangan yang bermusim

Assalamualaikum..huhu akhirnya brjaya juga nk menghasilkan blog nih.

teringin sekali saya berkongsi satu perkara yg sy kira amat penting untuk kita mengambil tahu...

..mse kecik2 dulu..kereta tamiya..(keta mainan uh) slalu jd idaman kanak2 waktu itu.andaikata jika tidak memiliki kereta tersebut maka ketinggalan lah seseorg itu apatah lg jika tidak tahu apa itu kereta tamiya.Tak lama kemudian zaman mula berubah.Kereta tamiya tidak lagi dipandang hebat oleh kanak2 yg 'gila'kn permainan seperti sy sendiri ketika itu tatkala muncul permainan bru yg diperkenalkn..iaitu yoyo.Di mana-mana shj sy boleh jumpa kanak2 sprti sy ketika itu brmain yoyo.Cepat betul zaman berubah ye.Kereta Tamiya yg dibeli hasil duit belanja yg dikumpul dlu trbiar begitu shj.Kemudian x lame selepas itu muncul pula prmainan bru yg seakan-akan gasing moden.Teknologi baru yg diperkenalkan dari jepun..(ye2 je ak nih) menggegarkan industri permainan di Malaysia.Urgh..mse tu bru nk kumpul duit beli yoyo..

perkara tersebut seolah-olah berputar kembali walaupun saya telah lame meninggalkn dunia kanak2..

mengenai isu palestin..awal tahun 2009 hebat diperkatan isu pencorobohan zionis trhadap bumi palestin..terpampang di dada2 akhbar mendedahkan kekejaman zionis merobek kebahagiaan penduduk palestin sekaligus mendapat perhatian dr seluruh dunia..



Sudah lupakah kita mengenai Palestin?

Apakah yang berlaku di Palestin?

Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?

Apabila terjadinya keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas saudara-saudara kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yang lalu. Baru mahu kita membuka mata? Baru mahu kita bangun daripada lena? Sama-samalah kita berusaha untuk saling peringat-memperingati. Kadang-kadang kelalaian dan kealpaan tumbuh dalam sanubari ini.

Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yang merupakan 2 dalam 1. Dunia sudah tersemat di dalam hati masin-masing. Akhirat hanya sekadar angan-angan. Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Daripada Tsauban r.a. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah, mereka mati dalam keadaan syahid.

Itulah cita-cita yang paling tertinggi yang seharusnya ada dalam jiwa kita ini. Namun,seharusnya kita perlu berubah dan merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula daripada pembinaan diri (Tarbiyaah Tdzatiyah).


0 comments: