Tuesday 26 January 2010

..saya ada satu citer..

Satu hari di dalam sebuah kelas..

'assalamualaikum murid-murid.Hari ini cikgu nak ajar kamu satu perkara', ujar seorang guru sebaik masuk sahaja di dalam kelas.

'kejap cikgu.Kami nak ambil pensel dan buku'

'tak perlu.Kamu bawa sahaja sekarung guni'

'guni??.kita nak buat apa?

'jom ikut cikgu ke pasar'

Mereka pun menuju ke sebuah pasar melalui jalan yg penuh dengan batu.

'kamu kutip batu-batu ini dan isikan ke dalam guni kamu.faham?'

'baik cikgu'

Mereka pun memulakan langkah,mengutip batu-batu yg ada tanpa membantah sedikitpun arahan guru mereka.

'dah cukup ke cikgu?''

'belum.Isi sampai penuh'

Mereka pun terus megutip batu-batu yg ada.Kemudian guni yg sarat dengan batu itu dipikul sehingga mereka tiba di pasar tersebut.Sampai sahaja di pasar,mereka tidak membeli apa-apa.Hanya berlegar-legar di kawasan tersebut.

'kita tak beli apa-apa ke cikgu?'

'tidak.Bukankah guni kamu sudah penuh?'

'..err..ya.' jawab anak murid tersebut dgn kelelahan.

“Banyaknya barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu merekaini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini cikgu?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

0 comments: