Wednesday, 24 March 2010

Perang 313


'sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam serangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang yang lemah.Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya'(ali-imran 3:123)


Peperangan Badar al-Kubra merupakan peperangan pertama yg dihadapi oleh umat islam setelah berhijrah.Peperangan ini memberikan indikasi dan implikasi yg sgt besar terhadap perjuangan serta pengorbanan umat islam dlm usaha utk menyebarluaskan lagi agama islam yg dibawa oleh Rasulallah s.a.w.

FAKTOR YG MEMBAWA KEPADA PEPERANGAN

-pengusiran umat islam dari kota Makkah dan rampasan harta benda

-memberikan pengajaran kpd org kafir quraisy dan mengembalikan harta benda milik umat islam

-penindasan kaum quraisy terhadap umat islam hingga ke kota Madinah

-kebimbangan org quraisy terhadap kekuatan ekonomi umat islam

PERSIAPAN TENTERA MUSLIMIN

Bilangan tentera :313 org-82 muhajirin,61 org aus, dan 170 org Khazraj

Bilangan Kuda dan Unta:2 ekor kuda
7 ekor unta

Pemegang panji :panji kepimpinan umum(berwarna putih)-mus'ab bin umair
pasukan muhajirin- Ali b Abi Talib
pasukan Ansar-Sa'ad B mu'adh

Kepimpinan :Pasukan Kanan- Zubair Al- awwam
Pasukan kiri-al-Miqdad b Amru

STRATEGI TENTERA MUSLIMIN

1. Menjalankan operasi risikan

sebelum perang berlaku, Rasulallah s.a.w sendiri telah menjalankan operasi risikan bersama Saidina Abu bakar untuk mengetahui perancangan tentera Quraisy.Ketika berada di makkah, mereka telah mendapat maklumat dari seorang lelaki arab yg tua mengenai kedudukan tentera Quraisy pada ketika itu.
Selepas itu, baginda mula mengutus pasukan perisiknya yg terdiri daripada 3 org pemimpin muhajirin iaitu Ali b Abi Talib, Zubair al-Awwam dan Saad b Abi Waqqas untuk mendapatkan maklumat mengenai tentera musuh.

2. Mendahului ke lokasi paling strategik

Rasulallah s.a.w bersama tenteranya telah sampai lebih awal di mata air yg terdapat di lembah badar.Penguasaan terhadap mata air itu amat penting kerana sumber air memainkan peranan yg pnting terutama apabila peperangan tersebut berlaku dlm cuaca yg terik.Hal ini sekaligus melemahkan semangat tentera Quraisy apabila telah berjaya menguasai lembah tersebut.

3. Membina tempat duduk pemimpin

Hal ini telah dicadangkan oleh seorang sahabat yg bernama Saad b Mu'adh supaya mendirikan sebuah tempat yg tetap bg baginda mengelurkan arahan dlm mnghadapi situasi yg tidak dijangka.Rasionalnya adalah agar segala arahan dan perintah daripada komander tentera islam tersebut dapat dilaksanakan dgn teratur serta sistematik.

4. Menyusun pasukan tentera

Rasulalllah s.a.w juga telah bermesyuarat bersama para sahabat untuk menghadapi tentera musuh dengan menyusun tenteranya dgn kemas dan teratur.

huhu..bardasarkan dgn penerangan yg dinyatakan di sini, kita dapat lihat dengan secara logiknya tentera muslimin tidak mempunyai kelengkapan perang yg mencukupi. Namun, kepimpinan yg mantap, ciri-ciri peribadi yg hebat, teamwork yg utuh serta rasa tawakal yg tinggi, maka Allah telah mengrimkan bantuan bagi mereka melakarkan kejayaan yg gilang-gemilang dlm peperangan badar ini..haha..hebat x?..berbanding dgn filem blokbuster yg pernah dikeluarkan oleh pengarah dari barat dlm citer '300'..menyaksikan 300 pahlawan sparta yg lengkap bersenjata, dilatih mengenai ilmu2 peperangan dan medan tempur sejak kecil menghadapi beribu-ribu tentera musuh.kadang2 rasa kagum juga terlintas di hati menyaksikan scene2 pertempuran tu..tp apabila difikirkan kembali..bagaimana pula dgn 313 pahlawan badar yg tidak mempunyai kelengkapan perang yg cukup, tidak mempelajari ilmu perang sejak kecil,..dan menghadapi tentera musuh serama 1000 org?..huhu..cuma bezanya tidak difilemkan..so x ramai yg mengetahui situasi sebenar perang pada ketika itu...wassalam..





sekadar coretan..

2 comments:

nemesis3891 said...

bila tentera muslim yg tiada kelengkapan perang, yg tiada berpedang yg berkilau menggetarkan hati musuh, tiada unta dan kuda, hanya sekadar untuk beberapa askar shj, menggunakan apa yg ada sebagai senjata, pelepah tamar mahupun batu sebagai alat berjuang, tetapi membawa iman sebagai perisai, akhirnya kejayaan dikenang sejarah...takbir!

MiztER MURTphalanx! said...

entry superb dari faiz disulam komen mantop dari abrar berderau darah mengalir ke seluruh tubuh...