Monday 20 September 2010

Di sebalik musibah

Seorang anak kecil yg baru belajar merangkak, misalnya sedang merangkak di tepi tangga.Pabila si ibu menghalang,pastinya ia akan menangis.kenapa?-sebab fikiran si anak x mampu menjangkaui pemikiran si ibu yg tentunya lebih matang dan memahami kebimbangan si anak tersebut.Si anak hanya tahu bermain sahaja tanpa mengetahui bahaya-bahaya yg mendatang.

Begitulah sifat Allah s.w.t seperti mana yg cuba digambarkan oleh baginda s.a.w dalam satu riwayat.Ketika itu para sahabat sedang melihat seorang anak kecil sedang merangkak, kemudian anak itu diangkat lantas disusukan oleh ibunya.Lalu baginda bertanya pada para sahabat,’apakah kamu lihat kejadian itu?’..lantas para sahabat menjawab. Ya, wahai rasulallah.Lalu baginda berkata,’tahukah kamu, bahawasanya kasih Allah terhadap hambanya melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya’

Hurm2.. kadang-kadang sesetengah orang menganggap suruhan Allah ini sbg sesuatu yg membebankan .kenapa?-ad org rasa terkongkong.nak buat itu x bleh, ini x bleh.haa..agak2 anda pernah x kena tegur dgn mak ayah jika berbuat sesuatu kesalahan?..sebagai anak tentu ada..malah kadang-kadang rotan yg hinggap dulu.kenapa?-sebab mak ayah kita sayang pada kita, tentulah mereka tidak mahu anak mereka melakukan kesalahan pada masa yg akan datang.

Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah,

Begitu juga dgn Allah taala, Allah melarang kita melakukan sesuatu tentu ada hikmahnya, bukan sekadar arahan yg membuta tuli.Misalnya, satu contoh yg selalu kita dengar-janganlah kamu mendekati zina...hurm2...cmne?..haa rasanya x perlu hurai panjang-panjang.Lihat sahaja kes pembuangan bayi yang sedang menular dalam masyarakat kita sekarang.Semuanya berlaku akibat ingkar terhadap perintah Allah taala.Seperti yang dinyatakan, semua perkara yg berlaku ada hikmahnya.Kadang-kadang Allah turunkan satu ujian sebagai peringatan, dan adakalanya hikmah itu menjangkaui pemikiran kita dan adakalanya tidak.

Hal ini amat diyakini terutamanya dalam kalangan mereka yg beriman.Seperti mana yg beraku pada para sahabat, pabila Rasulallah s.a.w menyampaikan perintah dari Allah s.w.t mereka terus berkata, ‘kami dengar dan kami taat’.betapa hebatnya kepatuhan para sahabat sehingga mereka sanggup meninggalkan kepentingan dunia walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit seperti mana yg berlaku dalam peristiwa hijrah.Malah kepatuhan para sahabat ini direkodkan dalam surah an-Nur ayat ke 51

‘hanyasanya ucapan org yang beriman apabila diseur kepada Allah dan Rasul-nya supaya melaksanakan hukum antara mereka,mereka berkata,’kami dengar dan kami taat.’mereka itulah orang-orang yg berjaya’

Dan pabila mereka ditimpa kesusahan, mereka akan berkata..(rujuk al-baqarah ayat 156)

‘(iaitu) orang yg pabila ditimpa sesuatu kesusahan,mereka berkata-sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadanyalah kami kembali’

Mereka sangat yakin terhadap perintah Allah dan mereka amat pasti dan pasti bahawasanya setiap musibah pasti ada hikmah di sebaliknya.Namun begitu, kenapa masih ramai dalam kalangan kita tidak patuh pada perintah dan tidak sabar pada musibah?..ya..saya juga mengakui kadang-kadang saya juga melalui perasaan yg sama.Puncanya?-tentulah kerana lemahnya iman atau lebih tepat lagi yg diolah dalam post sebelum ini..yakni kurangnya keyakinan kita terhadap Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah tegaskan dalam hadis kudsi;

‘wahai anak adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yg pertama, maka aku tidak meredhaimu selain syurga’ (riwayat ibnu Majah no 1597)

Waw, takkan tak nak syurga kot?..huhu..tidak salah bersedih kerana ditimpa sesuatu musibah.Tidak bersalah rasa menderita kerana mentaati perintah Allah.Namun harus diingat, jgnlah membantah kerana sombong dan jangan terlalu bersedih secara keterlaluan.

Alangkah malangnya seorang seorang anak pabila ditegur oleh ibunya dilawan pulak..tak cukup pula ditambah lagi dgn sepak terajang..namun lebih malang lagi seorang hamba seorang hamba menolak hikmah musibah yg dikurniakan oleh tuhannya..kenapa?-sebab dia akan mndapat 2 krugian

1. - Menderita kerana ditimpa musibah

2. - Tidak menerima hikmah disebalik musibah tersebut..

Ehem2..rasanya setakat ini dahulu penulisan saya, insyaallah akan menyusul beberapa lagi pada masa yg akan datang. Sebagai tambahan,Rasulallah s.a.w juga pernah menyatakan sesuatu mengenai senyuman yg pling manis.Baginda bersabda,’senyuman yg paling manis ialah pabila seseorang itu ditimpa musibah lantas berkata innalillahiwailaihirajiun sambil mengukir senyuman’..:D..

Moga-moga bermanfaat..

diadaptasi dari majalah solusi isu no 19, 'jannah di sebalik musibah'..m/s 6





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments: