Tuesday, 9 March 2010

Antara kepatuhan dan keghairahan



'jika kamu (dlm peperangan uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itupn (dlm perang Badar) mendapat luka yg sama.Dan masa kejayaan dan kekalahan itu kami gilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran).Dan Allah membezakan antara org yg beriman (dgn org kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikannyaNya gugur sebagai syuhada dan Allah tidak menyukai org yg zalim'..(ali-imran 3:140)


Teringat kembali kisah peperangan Uhud yg pernah berlaku dlm sirah Rasulallah s.a.w dlm usaha baginda untuk mennyebarkan agama Allah di muka bumi.Peperangan yg menyaksikan kematian Singa Allah yakni Saidina Hamzah sekali gus memberi peringatan yg penting terhadap umat islam mengenai ..antara kepatuhan dan keghairahan..

Kepatuhan dan keghairahan yg saya mksudkan ialah mengenai kepatuhan para sahabat terhadap perintah Rasulallah s.a.w selaku komander tentera islam pada ketika itu ataupun keghairahan terhadap ghanimah (harta rampasan perang ) yg terbentang luas di hadapan mata.Sebelum itu, sy ingin menyentuh sedikit mengenai kronologi peristiwa peprangan ini.

Dendam tentera musyrik
Kekalahan tentera musyrik dlm peperangan Badar sekaligus meniupkan semangat dendam yg membara terhadap umat islam.Tambahan pula pada ketika itu mereka dikalahkan oleh pasukan yg kecil dan kelengkapan perang mereka juga tidak sehebat tentera musyrikin.

Persediaan pasukan tentera Quraisy

Bilangan tentera: 3000 org angkatan tentera
15 org wanita utk menaikkan semangat juang tentera lelaki

kelengkapan perang tentera infantri: 3000 ekor unta sbg pggkutan logistik dn senjata
200 ekor kuda tempur
700 baju besi

Kepimpinan : Komander- Abu sufyan B harb
Tentera berkuda- Khalid al-Walid dan Ikaramah Abu Jahal
panji-dipegang oleh kaum Bani Ad-Dar


Persediaan Pasukan Tentera Islam

Pasukan Pemanah : -50 org pemanah yg cekap
-diketuai oleh Abdullah B Jubair
-berada di tenggara lokasi tentera islam

Panglima Tentera : Pasukan Kanan-Al-Mundhir B Amru
Pasukan Kiri - Zubair Al-Awwam dan Al-Miqdad
Walau bagaimana pun peperangan ini telah dijangkakan oleh baginda Rasulallah s.a.w sendiri.Oleh itu terdapat beberapa persediaan awal yg telah dilakukan oleh umat islam..

-setiap org lelaki tidak dibenarkan berenggang dgn senjata mereka sekalipun ketika sdg solat, sbg persiapan bg menghadapi sbrg kemungkinan

-sepasukan kecil ditubuhkan sbg pengawal khas atau 'bodyguard' yg sentiasa mengawal keselamatan Rasulallah s.a.w, semuanya dari klgn kaum ansar

-pintu-pintu masuk rumah madinah serta di lorong-lorong kecil sentiasa dikawal oelh tentera islam

-Rondaan dilakukan bagi merisik setiap pergerakan musuh

Strategi Pertahanan tentera islam
Setelah maklumat mengenai kemaraan tentera musyrik, Rasulallah s.a.w segera mengadakan majlis perbincangan ketenteraan bg membincangkan perancangan dan strategi utk menghadapi musuh-musuh tersebut.Antara yg dibincangkan dlm mesyuarat tersebut ialah..'hendak berperang di mana'..

Cadangan Rasulallah s.a.w- bertahan di dlm kota (madinah).Rasionalnya apabila tentera musyrik masuk ke dlm kota, mereka akan ditentang oleh tentera islam di lorong2 sempit manakala wanita pula akan menentang dr atas bumbung rumah.Dan cdgn ini disokong spenuhnya oleh Abdullah B Ubay (ketua Munafik) kerana memudhkn dia utk untuk mnjauhkan diri dr peprangan tnpa diketahui oleh sesiapa.

Cadangan para sahabat_ bertahan di luar kota. Rasionalnya adalah agar tentera islam tidak dilihat sbg pengecut.Hamzah berkata..

'Demi yg menurunkan al-kitab kepadamu, aku tidak akan menjamah makanan melainkan setelah aku melibas mereka dgn pedang ini diluar madinah'

Hoho..akhirnya Rasulallah s.a.w menolak prioriti baginda selalu komander tentera islam itu dgn menerima cadangan para sahabat dan bertemu musuh di luar kota Madinah..

Walaupun peprangan bersejarah ini dimulakan dgn strategi dan perancangan yg begitu teliti dan teratur namun tentera islam tetap kalah.Sekalipun majlis perbincangan yg diadakan telah mencapai kesepakatan bersama.Namun, apakah sebabnya?..adakah sebab yg sama seperti apa yg telah berlaku dlm sejarah 3 mac 1924 yakni kejatuhan sistem khilafah?..dan adakah ini puncanya umat islam ditindas sehingga sekarang??...tolong tinggalkan komen anda di sini..kita sendiri sudah tahu jawapannya en..


2 comments:

MiztER MURTphalanx! said...

Kekalahan dlm Uhud, jelasnye bagi kerana leka dgn dunia (ghanimah). Abdullah bin jubair terbunuh dek tsabat dgn pesan rasulullah. Namun,ini menyaksikan kesetiaan cinta sahabat kepada Rasulullah dgn menjadikan badan2 mereka sebagai perisai Rasulullah.

Kejatuhan 1924 antara lain kerana keracunan minda. Aliran kebaratan-sekular! Dikatakan 1917 Turki mula tidak mengamalkan hukum jinayat ISLAM. Padahnye 7 tahun kemudian hingga kini... sekadar pandangan mujahid muda daif ilmu.

muadzmuhammad said...

punca sebabnya....

cinta akan dunia dan takutkan mati.

perang uhud cinta akan harta
zaman kini cinta akan rasuah
perang uhud tidak taat kepada presiden
zaman kini MENTAATI presiden yang JAHIL
perang uhud berfikir singkat sudah menang
zaman kini berfikir stratergi kotor untuk menang
perang uhud orang kafir musuh
zaman kini orang yang nak tegakkan syariat adalah musuh
perang uhud ketua munafik join perang
zaman kini..aku tak tau beza ketogori munafiq cam ner....

perang uhud menanti saidina hamzah..
zaman kini menanti anak muda seperti faiz ikmal dan murtadha...